Thursday, April 28, 2016

FIRASAT CINTA YANG TERTINTA

cinta itu tidak perlu dihebohkan....... sampai satu dunia tahu akan rasa yang kau ada...... biarlah hanya kau dan dia sahaja yang tahu....... kerana isi hati sukar untuk ditafsirkan...... walaupun cinta yang hadir itu seperti bayu petang....... genggamlah ia walau untuk sekedar cuma....... agar tidak terasa peritnya kehilangan...... biar tenang jiwa yang dikandung....... mengenali cinta cukup indah........ bermain cinta cukup senang....... menyatakan cinta cukup manis...... menagih cinta yang sejati cukup perih......
cinta yang datang dalam pelbagai rasa..... cinta akan manis jika ditambah bahagia...... cinta akan indah jika disulam dengan ikhlas..... namun cinta akan pahit jika direncah dengan racun...... segalanya terpulang pada hati...... adakah kemanisan yang dicari?..... atau kepahitan yang didambakan?...... hanya cinta yang mampu menjawabnya...... jika cinta yang datang itu indah..... sambutlah dengan kebahagiaan...... dan seandainya cinta yang hadir itu derita...... tepislah dengan semangat inginkan kemanisan...... biar cinta hadir di hati.......... biar kalam yang tertinta.......... biar bahagia yang berbicara....... biar kasih yang berpaut........
coretan cinta amatlah indah.......... kalam sayang sungguhlah manis.... tinta bahagia sangatlah wangi........ luahan hati hanya hadir di dalam jiwa.......

Thursday, October 1, 2015

Suratan - slam

Segar di ingatan
sejarah luka yg berlaku
terpahat kenangan
cerita cinta ku padamu
tiada duanya
biar berjuta tidak sama
indahnya cintamu
setulus budi mu pada ku

Telah ku terima
suratan takdir yg esa
cinta manusia
suka dan duka di tangan nya
sedalam renungan
moga terjawab persoalan
apakah salah ku
di mana silap mu

Sudah lumrah kehidupan
tidak lepas kesalahan
cinta yang menjadi korban...kesilapan

Saat yg silih berlalu
masa tak akan kembali
semua telah berlaku kita insafi

Maafkanlah sayang
segala kesilapan ku
tidak terniat sekali melukai dirimu
ku pohonkan doa
semoga kau berbahagia
tempoh hidup ini
jalanan berduri
nama mu biarkan abadi...di sini

Muda-mudahan bersama
keadaan yang berbeza
di alam cinta yang kekal....selamanya

Friday, November 14, 2014

Tiada lagi cinta

Tiada Ku duga yang segalanya telah berakhir.
Sedangkan ia belum pernah bermula.
Dan telah Ku pujuk akan jiwa ini.
Agar berhenti dari terus mencintaimu.

Tiada ku pinta perpisahan yang datang.
Sedangkan yang ku impikan hanyalah satu.
Bahagia selamanya disisimu wahai cinta hati.
Dan tiada pemisahan antara kita.

Pun begitu sejauh mana lagi harus aku mencintaimu.
Sejauh mana lagi dirimu mahu menduga diri ini.
Kerana sungguh aku tidak lagi mampu dalam perasaan ini.
Segalanya telah menghambat kamu jauh dari cinta.

Pabila tiada lagi cinta yang tersemat.
Pahitnya yang terasa kini.
Duka berselubung hatiku.
Hanya sepi yang menyapaku kini.

Sukar dalam mengharungi sebuah perhubungan.
Sukar dalam menghiasi sebuah percintaan.
Setelah ku tersedar yang tiada lagi cinta.
Kekecewaan Ku yang tak tergambar keperitannya.

Menangis hati Ku menangis.
Merintih jiwa Ku merintih.
Mengenang akan cinta yang telah pergi.
Mengenang akan kasih yang telah tiada.

Tiada lagi cinta untukku dihatimu.
Tiada lagi kasih untukku disisimu.
Kenyataan yang amat memilukan.
Suratan takdir yang amat pahit untukku telan.

Wednesday, November 5, 2014

Sayap terluka

Dalam keributan hembusan beliung
Terbanglah aku sang camar hina
Mencari singgahan andainya kau sudi
Menghampar kasih di pantai hati

Dah lama kupuja kini jadi nyata
Sayang hanya untuk seketika
Sayap ku terluka ditimpa bencana
Akhirnya diri aku sendiri yang sengsara

Ku tahu diri ini bagai menggapai bintang di langit
Tersingkir jatuh tiada pernah kau peduli
Rapuhnya cinta kita patah terkulai di ranting hampa
Pedih terluka tiada siapa yang endahkan

Biar derita biar sengsara aku rela
Menjadi mangsamu
Akanku simpan di nurani ini kenangan antara kita
( hingga akhir nanti oh... )

Kini kan tinggal cinta dan kasihku
Umpama pungguk merindu bulan
Tak mungkin tercapai hasrat hati ini
Biarpun harus ku tunggu seribu tahun lagi

Friday, October 24, 2014

Biarkan cinta itu pergi

Tiada lagi cinta dihati. Semuanya telah Ku kuburkan jauh didasar hati. Menutup rasa dari terus tersakiti. Menagih cinta yang tiada buatku.
Biarkan cinta itu pergi. Dan ianya bukan sesuatu yang mudah. Menahan perit sepanjang masa. Kerana lukanya cinta saat dilepaskan.
Bukan aku menyerah pada takdir. Tapi, untuk apa aku bertahan demi cinta yang tak pasti bahagianya. Cukuplah sampai saat ini cinta yang Ku beri. Tiada gunanya untuk aku terus mengharap.
Telah Ku cuba untuk menjadi yang layak untuk kau cintai. Namun jodohnya antara kita tidak pernah bertemu. Aku tidak mampu untuk mengubah takdir yang telah tercipta buatku. Walau sekuat mana aku mencubanya.
Hidup tanpanya cinta terasa sunyi. Hidup tanpa kamu disisi terasa kosong. Namun cinta kerana terpaksa lagi menyakitkan. Disisi kerana simpati lagi menyeksakan.

Friday, October 17, 2014

Rantaian cinta

Kau telah lukaiku. Dan ianya bukan sekali. Aku cukup terasa dengan luka yang kau berikan. Peritnya menyentap seluruh perasaan Ku.
Bukan yang pertama kali kau lakukan. Sepertinya kau sengaja melukaiku. Bahagiakah dirimu dengan segala kelukaan yang aku alami?
Berapa kali harus aku terluka? Barulah kan Ku sedar yang cintaku tidak layak untuk dirimu. Butanya mata kerana kelamnya diri, tapi butanya hati kerana dirimu.
Mencintai seseorang memang mudah. kerana untuk jatuh cinta, kita tidak memerlukan alasan. Tapi untuk dicintai terlalu sukar. Kerana tidak semuanya cinta itu ikhlas. Memberi cinta amat senang kerana tiada apa yang harus menjadi halangan. Namun untuk menerima cinta itu, beribu alasan yang harus diterima.
Rantaian cinta yang dulu mengikat aku. Mengikat aku dekat dengan dirimu. Tapi setiap masa hanya berbalut luka. Terhiris oleh perasaan yang kecewa.
Rantaian cinta yang Ku sangka utuh. Rupanya kini makin terjarak. Semakin cuba Ku menahan, makin terjurang kita. Semakin aku cuba untuk bertahan, semakin aku rasa dilukai.

Saturday, September 27, 2014

aNdAiNYa HAtiKu BERsuARa

Oh tuhan berikanlah aku
Kekuatan menempuhi dugaanmu
Aku percaya ada hikmatnya
Disetiap dugaan yang ku terima

Andainya hatiku bersuara
Pastinya ia akan berkata
Cukuplah sayang aku tidak berdaya
Mengharungi segala sengsara

Berapa kali harus aku terluka
Barulah kan ku sedar
Cintaku tidak layak Untuk dirinya
Mengapa masih aku setia di sisinya
Tidakku mengerti Tidakku fahami

Seperti insan biasa aku ingin bahagia
Menyintai dan dicintai tiada duanya
Andai terlampau permintaanku ini
Maafkanlah kasih

Berapa kali harus aku terluka
Barulah kan ku sedar
Cintaku tidak layak untuk dirinya
Mengapa masih aku setia di sisinya
Tidakku mengerti tidak ku fahami

Seperti insan biasa aku ingin bahagia
Menyintai dan di cintai tiada duanya
Andai terlampau permintaanku ini
Maafkanlah kasih
Andai terlampau permintaanku ini
Maafkanlah kasih

Oh tuhan berikanlah aku
Kekuatan menempuhi dugaanmu
Aku percaya ada hikmatnya
Disetiap dugaan yang ku terima